Sebuah projek usahasama strategik
Projek Bahtera Korporat akan menghasilkan 3 produk utama iaitu drama, novel  dan pembelajaran ilmu-ilmu  perniagaan dan korporat. Drama perniagaan dan korporat bertajuk “Bahtera Korporat” (dahulunya dipanggil "Antara Kita") sebanyak 23 episod akan diterbitkan dalam bentuk DVD sebagai produk utama projek ini. Produk sampingan yang akan melengkapkan latihan dan pembelajaran bersepadu melalui projek ini adalah 5 siri novel “Corporate Journeys” dan 20 siri DVD pembelajaran inovatif perniagaan  dan korporat yang diberinama  “Membina Diri Menjangkau Visi”.

Pakej ini  pada keseluruhannya telah direkabentuk agar dapat meningkatkan keupayaan (credibility) dan kapasiti (capacity) diri insan dan mengarahtujukan kepada kecemerlangan. Pengalaman  sebenar individu dalam menghadapi , menangani serta mengatasi dugaan dan liku-liku dalam  dunia perniagaan khususnya  bertaraf kecil dan sederhana  diadunkan dan diterjemahkan semula dalam bentuk cerita yang diubahsuai  menjadi sumber pembelajaran dan latihan dengan pendekatan kandungan yang lebih teknikal.

Disasarkan untuk golongan pelajar, pengarah syarikat, peniaga dan usahawan,  konsep “pembelajaran melalui cerita”  projek ini dilihat releven dan penting berdasarkan  potensi dan kesan drama  khususnya kepada golongan remaja dan pelajar.  Justeru  nilai  yang positif, ilmu yang berguna serta mengenengahkan tip, kaedah dan strategi dalam menangani sesuatu permasaalahan perniagaan telah diadun dan disuntik  dalam  cerita-ceritanya.  Projek ini turut mengenengahkan "The Thinkers" iaitu panel pelatih (trainers) dan profesional dalam bidang  pentadbiran, pengurusan, kewangan, undang-undang, sumber manusia, pemasaran dan lain-lain  bagi menyalurkan ilmu , pengalaman serta kepandaian mereka melalui kaedah penyampaian secara inovatif.

Konsep ini dibangunkan sebagai satu usaha untuk menterjemahkan perjalanan bermakna serta  ketokohan mereka yang telah berjaya kepada bahan-bahan untuk tujuan pembelajaran dan latihan melalui media kreatif dan seni.

Cerita dan kisah yang diadunkan dalam bahan-bahan projek ini melakarkan perjalanan seseorang peniaga, graduan atau usahawan daripada memulakan perniagaan ; mengekalkan atau menstabilkannya  dan kemudian mengembangkannya hingga ke tahap lebih tinggi.

Kandungan dalam cerita-cerita projek Bahtera Korporat ini pada dasarnya merupakan analisa dan pembentangan mengenai apa yang dialami, dirasai, ditempuhi, difikir, reaksi serta tindakan seseorang dalam menghadapi sesuatu keadaan dan isu dalam dunia perniagaan khususnya; dengan memfokuskan kepada perwatakan dan kepimpinan yang mengarahtujukan kepada kejayaan atau kegagalan. Untuk tujuan memberikan pengajaran yang terbaik, para penulis serta pengkaji  lebih mengutamakan isu-isu perniagaan, perundangan, hal ehwal korporat, kewangan dan lain-lain ilmu pengetahuan bersifat ilmiah  serta pembinaan watak-watak dalam cerita  bagi memastikan  jalan cerita yang kukuh yang boleh menarik dan memberikan manafaat semaksima mungkin kepada penonton serta pembaca.

Justeru isu serta insiden dari perjalanan sebenar termasuklah perlakuan manusia, cara fikir, saikologi, kaedah, teknik, adab, akhlak, falsafah serta kerohanian dalam kehidupan adalah dipetik, dieksploitasi, digubah serta  dipersembahkan secara inovatif dalam pelbagai bentuk ; percetakan, penerbitan, video dan lain-lain.

Nilai-nilai positif diangkat dalam setiap cerita berdasarkan keyakinan bahawa sikap positif adalah di antara kunci kepada apa jua bentuk kekuatan serta kejayaan. Bermula dengan kisah drama "Bahtera Korporat", beberapa siri cerita perniagaan dan korporat lain yang dinamakan siri "Corporate Journeys" telah dibangunkan untuk melengkapkan konsep pembelajaran tersebut.

Walaupun pada keseluruhannya cerita dan watak adalah berkisar dalam golongan usahawan dan korporat, tetapi kami turut mengenengahkan isu-isu sosial seperti kasih sayang, keluarga, persahabatan, jatidiri dan pelancongan bagi menambah tarikan kepada cerita agar kandungan keseluruhannya menjadi  releven , bermaklumat,  berpengetahuan dan menghiburkan.

Semoga anda mendapat maklumat, pengajaran serta hiburan daripada kisah-kisah tersebut dan "selamat" dalam melayari "bahtera" kehidupan anda.
CENTRIC ASIA tercetus daripada cita-cita untuk mengenengahkan cerita dan kisah tauladan Asia khususnya yang berteraskan nilai, prinsip dan pegangan positif yang mendokong kebangkitan Asia di era ini.
Kandungan dan rangka projek ini telah dibangunkan semenjak tahun 2004 lagi dan pada sekitar tahun 2007 telah mendapat pengiktirafan dahulunya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) atas nama "Projek Latihan Malaysia Inc" dan kemudiannya dijenamakan sebagai "Projek Latihan Antara Kita" di sekitar tahun 2010.
PENGHARGAAN
Setinggi tinggi Terima Kasih kepada pihak-pihak yang membantu menjayakan  video-video  promo projek  "Bahtera Korporat" iaitu  Tu-E Capital Berhad dan kakitangannya, Zoomteknik Automobil Sdn Bhd dan kakitangannya, Sterling Ascent Sdn Bhd dan kakitangannya,   QAMS Corporate Services Sdn Bhd dan kakitangannya, MNZWAJ Associates dan kakitangannya, Fazal Mohammed Brothers Sdn Bhd, Productive Base Sdn Bhd, Wilayah Utara Sdn Bhd, Madrasah Darul Muhajirin dan penuntutnya  dan juga semua pemain watak promo ; Nasrul Rahman, Sophan Azeri, Tiqah Zordin serta sekalian yang menyokong dan membantu menjayakan promo video drama Bahtera Korporat.
Datuk Md Zabidi bin Ariffin
Dato Abu Bakar bin Yahaya
Dato Mohamed bin Darus
Hj. Adnan bin Md Taib
PENASIHAT KANDUNGAN
(UNDANG-UNDANG KORPORAT)
Ahmad Nazri Ibrahim
A YAYASAN BERTAM & CENTRIC ASIA FILMS COLLABORATIVE PROJECT.
© BAHTERA KORPORAT IS A TRADE NAME OF CENTRIC ASIA FILMS SDN BHD & RELATED PARTNERS.
PENERBIT BERSAMA
KOMUNIKASI & PERHUBUNGAN
CENTRIC ASIA FILMS SDN BHD
No 49, 1st Floor, Jalan Todak 4, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

TEL 04 399 3489 | FAX  04 399 3488
PENASIHAT KANDUNGAN
(KEWANGAN & KORPORAT)
Ali Shah Hashim
PENASIHAT KANDUNGAN
Mej (B) Ku Abdul Rahman Ku Ismail
ASSOCIATE PRODUCER
Dedy Abdurachman
EXECUTIVE PRODUCER
Rashidah Hashim
ASSOCIATE PRODUCER
Ahmad Fadzil
PERTANYAAN

Email     : pr@bahterakorporat.com
PENASIHAT KANDUNGAN
Content Advisors
LEMBAGA PENASIHAT PROJEK
Project Advisory Board
PERHUBUNGAN PROJEK
(Yayasan Bertam)
Huda Md Isa
PENGARAH PROJEK
Rashidah Hashim
PERHUBUNGAN PROJEK
Lina Mohd Noor
KEWANGAN PROJEK
Norlia Ahmad
MARKETING ASSOCIATE
Hezle Helan
PENTADBIRAN PROJEK
Project Administration
PENERBITAN
Production
PEMASARAN & PUBLISITI
marketing & publicity
PRODUKSI
Production